26 May 2013

Tanggungjawab & Amanah... PPMS UniMAP 2013/2014

Assalamualaikum pembuka bicara. Ehemmm. Alhamdulillah sakit tekak aku pun dah sembuh cuma ada rasa sedikit *headache* lagi lahh. Hahaha. Dan rasa berkesempatan untuk update blog harini setelah mengikuti Kem PPMS UniMAP 2013/2014 selama 3 hari 2 malam.

Apa yang best? Hahaha. Overall, enjoy makan free, jimat duit & dapat ilmu. Entry kali ini aku nak story sikit pasal tanggungjawab & amanah. Sebelum itu, serba ringkas mengenai kem ini, mendengar taklimat, perbincangan gerak kerja PPMS dan sebagainya. Haha betulbetul ringkas. Apa yang aku ingat dalam slot bersama Dr. Hanum antaranya ialah

"Anggaplah tugas PPMS macam kita obses kepada phone. - Dr. Hanum"

Itulah pesanannya kepada kami. Seterusnya kami ditugaskan sebagai fasilitator untuk pelajar tahun 4,5,6 di SK Binjal, Jitra, Kedah. Fyi, kem ini dibuat di Paya Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah. Dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang kami berada di sekolah itu. Haha this my second experience lah. Layan budakbudak best jugakk. Sikit je aku nak story sebenarnya. Tak larat nak taip. Letih bagai. Ini salah satu tanggungjawab & amanah aku yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin :) Haha.

Kursus Motivasi Murid Bersama UniMAP. Haha "fasilitator cincai" :P

Apapun pihak sekolah berpuas hati dengan kehadiran pihak UniMAP :D Sebelum program diteruskan, aku digemparkan suma fasi kena memperkenalkan diri masingmasing. Pehhhh gugup habis. Dah laa depan 100 orang pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Ketaq habis :3 Cakap sikit je :P Haha tapi sempat jugak posing wooo. Kenangan :P


Eksyen je lebih :P Kahkahkah. Cakap sikit je.


Masuk ke class bersamasama adikadik, aku dapat group 1. Kena kawal 20 orang students. Bukan aku keseorangan tetapi bersama 7 rakan fasi yang lain. Blablabla......... *tak larat nak taip* sorry. Best layan budakbudak. Itu je.

Seronok je ea :)

Dahdah. Program sebegini dapat membuatkan keyakinan diriku bertambah. Terima kasih kerana memberi aku pengalaman seperti ini yang mana tak semua rakan kita dapat merasakan apa yang kita rasa. Dah fullstop pasal ini.

Entry tanggungjawab & amanah ini diteruskan dengan tujuan aku sebenarnya iaitu mengenai tugasan PPMS yang diberikan kepada aku untuk dilaksanakan sepanjang MSK 2013/2014. Dalam slot pembahagian tugas semalam, aku dapat tugasan di bawah Biro Cenderahati. Okay jap. Tak larat nak tulis sebenarnya. Japgi aku sambung ea :)

Sebelum tu, ini senarai ringkas pembahagian tugas PPMS aku & friends :)

Aku - Biro Cenderahati
Zaffriy - Biro Protokol
Yah - Biro Sambutan
Mira - Biro Sambutan
Wafi - Biro Cenderahati
Frey - Biro Makanan

Good Luck atas tugasan yang diberi !

STAY TUNED! Japgi aku sambung ea :)

Yang ikhlas,


24 May 2013

Kita kawan? Atau sahabat?

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya dapat luangkan sedikit waktu untuk entry kali ini walaupun saya kurang sihat. Di sini saya ingin tanya pada diri sendiri dan korang "Adakah saya atau korang tergolong dalam kategori sahabat atau kawan?" Baiklah, teruskan membaca :)

Mengikut pendapat saya,

Sahabat adalah ...

1- Teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini.
2- Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya.
3- Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari.
4- Sahabat umpama 1000 orang kawan.


Like my besties. Kan? ;)


Kawan pula adalah ...

"Seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan...."


TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,

TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,

TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,

Jadi kalau anda punya SAHABAT, 

TOLONG HARGAI KEHADIRAN MEREKA DI SISI ANDA :)


Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan. Jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan.

Doakan saya cepat sembuh ea. Sakit tekak, selsema, batuk bagai :) Assalamualaikum awak. Ea awak yang tengah baca ni. Stay tuned!



Sayangi sahabat dan kawan kita, 
Ikhlas daripada sahabatmu,


23 May 2013

Gadis perlu tahu, lelaki sebenarnya...

Di sini saya ingin kongsikan 50 rules mengenai lelaki yang perlu gadis tahu. Hmmm, bukan nak menggatal sebenarnya tapi ini adalah luahan hati seorang lelaki. Hahahaha jiwang sikit :3 Okaylah, korang baca ea terutama gadisgadis di luar sana mengenai entry aku kali ini. Selamat membaca. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

P/S: Ini entry saya terakhir buat minggu ini. Saya ada urusan yang perlu dilaksanakan dari 24 Mei - 9 Jun 2013 untuk pengetahuan kalian. Stay tuned. Singgah selalu ea blog buruk saya ini. Aku hanya seorang hamba Allah yang lemah :)

Antaranya...

*Jap! Nak copy? Boleh. Tapi right click tak boleh ea :) Terima kasih. Hiokhiokhiok~

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki tertanya-tanya pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang buat pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.




Dah habis baca? Terima kasih kerana luangkan masa di blog saya ini. To gadis, please take note! Hehehe :) Assalamualaikum :)


Jumpa lagi,


21 May 2013

#Throwback? #Flashback? 3.3.13 ♥

Bukan nak promate UniMAP pun. Ini cerita aku. Pengalaman aku. Suka hati aku lah ! Kita sepatutnya berbangga dengan tempat kita menuntut ilmu :)

Ehemm. Assalamualaikum. Thanks sudi baca blog bengap aku ea :) Aku tulis ni pun secara spontan dan tak terlintas untuk apaapa. Haha. Post kali ni aku nak flashback sikit #throwback lah katakan :P pasal UniMAP ni. Apa yang special sangat eh? Bukan ramai orang tahu pun kan. Okay. Nak intro sikit ah pasal UniMAP ni. Sikit je :) UniMAP ni singkatan bagi Universiti Malaysia Perlis. Terletak di hujung utara Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Lepas ni kalau orang tanya UniMAP dekat mana? Jawab je "UniMAP dekat Thailand. Oversea tuu. Igt, dekat Thailand, bukan dalam Thailand. Hahaha. Boleh dikatakan Universiti berfokus kejuruteraan. Meh sesape nak jadi engineer boleh apply sini. Cukuplah intro ea :)

UniMAP? Apa yang aku nak throwback ni sebenarnya? Kahkahkah. 3 Mac 2013 adalah hari bersejarah buat semua warga UniMAP. Kenapa? YAB Perdana Menteri Malaysia datang untuk merasmikan Kampus UniMAP secara rasminya. Memang "grand" lah korang nak tahu. Ehh bukan senang tau PM datang nak rasmi. Bertuah dan terharu sangat. Aku pun mula aktif dengan aktiviti UniMAP ni. Huhu time PM nak datang tuu, akulahh pergi sambut kedatangan PM dekat airport Alor Star. Stay tuned. Aku nak sajikan korang dulu dengan gambargambar koleksi aku :)

Sempat lagi posing. Mihihi. Arrival Hall Airport Alor Star.
Tengah beratur tunggu sambut PM. Dapat tshirt, cap, button badges. Hehe

Peacee (Y). Flight dah sampai tuu :D

Kenal tak? PM kita lah. YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ingatkan PM sorang je datang. Rupanya isterinya pun datang :) Datin Rosmah Mansor kan? Haha

PM dah masuk kereta. Apa lagi? Chaw la. Eh kejap. 

Posing lahh dulu. Bukan senang cheq oi masuk dalam ni. Kekeke

Hampir 2 jam ktaorang dekat airport. Lepas tuu ktaorg terus gerak ke Kampus Induk UniMAP, Pauh Putra Perlis. 1 jam jugak lah perjalanan nak sampai. Dah sampai UniMAP ingatkan dah boleh duduk bawah khemah tu. Tetamu datang hampir 13 ribu katanya. Memang cantik gila UniMAP. Then, ktaorg diarah beratur di perkarangan UniMAP lak utk sambutan kali kedua :) panas doh. 

Muehehe :)

Kedatangan VVIP & VIP duluu.

Eh. Polis kiri kanan. PM dah sampai.

Hai PM. I ♥ PM. Hahaha

Lepas pada tuu, ktaorang ikut belakang dan terus ke tempat duduk yang disediakan. Depan sekali pulak tu. Macammacam lah panas bagai.

Baru boleh duduk. Fuhh

Kitaorg dapat replika contoh BB1M. PM nak rasmi jap gi


Beberapa minit kemudian, hmm malas nak cite, tengok gambar jela eh :3

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku & IM4U.

Pehh. Memang ramai ahh. Belasan ribu :O

Big screen dari tempat duduk.
PM dah start berucap.
Gimik perasmian UniMAP.
Disaksikan Dato' NC UniMAP, Menteri Pengajian Tinggi & Menteri Besar Perlis.

Muehehe inilahh time student paling suka. Pemberian BB1M oleh PM sendiri. Thanks.
Gimik perasmian (outdoor) teruja kot duk sana ^,^


Setelah hampir 2 jam, PM pun ...

Yeahh. Chaw dulu ea. Banyak lagi keje aku nak buat :P

Jumpa lagi warga UniMAP. I ♥ UniMAP. Hahaha



Ehh, belum habis lagi laa. Sempena perasmian UniMAP ini, UniMAP aturkan banyak aktiviti sampai waktu malam kot. Nak tahu pe? Untungkan? Jangan jeles ea~


Konsert Sedekad Gemilang UniMAP. Pehh besar-besaran kot. Tapi Mie Raja lawak tak datang laa ganti dengan Ah Chong. Kenal tak sape Ah Chong tuu? Jap.

Ni lahh Ah Chong tuu. Taktau la nama sebenarnya apa :3

Okay. Sebelum tu nak tunjuk Night view bila dekat UniMAP ni. Nak tengok?

Ni haa. Kemeriahan lampu i-city di perkarangan UniMAP. Cantik.

Pada Konsert Sedekad Gemilang UniMAP ni dimeriahkan dengan kehadiran DYTM Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP juga serta isterinya. Anak dia pun datang. Comel :P Ahhh tengok jela gambar je eh. Peace (Y).

Angah RajaLawak & Ah Chong. Layan dulu show dorg.

Jangan ngangkung sudaaa :P

Ainan Tasneem? Mestilahh ada. Student UniMAP jugakk :D

Yang ni? Haha penyanyi 60-an. A.Halim

Sorry gambar tak jelas. Biasalaa dh habis 'zoom' walaupun dok depan juga. Kumpulan VIP & Adam AF2

Adam & Kumpulan VIP. Nyanyi lagu 3 kata, wanita & anak kampung :)

Ni haa. Kemuncak penutup Konsert Sedekad Gemilang UniMAP. Stacy laa. Penyanyi popular kot. Kahkah terima kasih bah. Dia nyanyi lagu kasanova, pelangi senja & duet dengan Adam, menggegar dunia. Peh meletup mengandung. hahaha :D


Setelah tamat saja Konsert Sedekad Gemilang UniMAP ini, nak tahu ada apa? Persembahan Bunga Api. Cantik kot. Memang puas hati la majlis ni sepanjang satu hari di UniMAP. Huhuhuhu :)

Okay. penat dah nak flashback ni. Hehehe yang tak suka? Pegi mampos! Aku tamatkan post aku untuk harini dengan video Majlis Perasmian UniMAP oleh PM & juga persembahan Stacy lagu pelangi senja ea. Selamat menonton. Stay tuned ea :)



#1 Majlis Perasmian UniMAP 3.3.13


Hehehe aku malas upload la. Tengok ja dekat youtube. PM sendiri yang upload. Kenangan buat student UniMAP. Hahaha. Nah klik sini "Majlis Perasmian UniMAP". Hehehe



#2 Persembahan Stacy @UniMAP. Pelangi Senja.


Hehehe aku malas upload la. Saiz besar sangat 500++ MB. Letih nak menunggu. Hahaha takpatakpa korang boleh tengok dekat youtube ea. Zafriy dah upload kt youtube.

Haaa. Klik sini "Persembahan Stacy @UniMAP" terus ke youtube kalau nak tengok laa. LIVE in UniMAP. Huahahaha




P/S: Terima kasih luangkan masa untuk flashback ni. Hahahaha :D No kutukkutuk ea, TAK ADA SEMPURNA MANUSIA DI DUNIA INI. I'M NOT PREFECT. Eh, tatau lahh korang bagus gila kan. Oppss! :P



Salam dari perantauan,







20 May 2013

Besties?

P/S: Sorry kalau ada menyakitkan hati korang. Aku banyak merepek (Sebenarnya apa yang terpendam dalam hati mahupun terfikir di minda. Bukan gedik manja bagai ea). Tak suka? PEGI MAMPOS! Hehehe. Thanks reading. Jangan lupa tinggalkan komen atau pertanyaan korang tuu tepi sebelah kiri ni :)


Hey. Kali ini aku nak story sikit pasal besties aku. Sebelum tu, aku taktau lah dorang anggap aku apa. Musuh ka? Tak kesah lah dorang nak anggap aku apa yang pasti dorang besties aku selamanya ea :) Hmm banyak perkara dah aku lalui dengan dorang ni. Susah senang bersama. Dorang tak pernah berkira kedekut dengan aku. Serious talk. Syukur sangat. Sebelum ni aku simpan je dalam hati tapi sejak ada blog ni, aku luahkan saja kat sini. Wei, aku nak story sikit pasal korang leh? Alaa nak story membe dalam list kanan ni "Buddyz ♥ Besties" kalau korang tak kesah. Nak story sejak firstime aku kenal. Mihihi :) Yang takde dalam list ni bukan aku tak anggap korang besties aku tapi banyak sangat nak letak :P Heee okay dah nak start story ni. Jangan marah wei. Ni cuma luahan aku je pendapat :P Hakhakhak. Jangan kembang ea bila aku puji :P



#1

Nama dia ni Afiq. Hahaha. Sebenarnya malas nak story banyak pasal dia ni nanti dia bising. Hehehe. Mulamula masuk bukan aku takmau tegur dia tapi aku ni pemalu. Ramai yang cakap aku sombong sejak azali lagi. Padahal aku malu. Huhu. Secara ringkasnya, Fiq dah tahu perangai gilagila aku, rahsia aku. Haha simpan ea. Selesa sangat kawan dengan dia. Serious talk. Firstime jugak aku dapat kawan macamni. Taktau lahh dia ni anggap aku apa kan? Tapi aku anggap dialah besties yang terbaik sepanjang hidup. Jangan pikir bukanbukan. Dan aku jugak selesa bagitahu masalah aku dekat dia walaupun kadangkadang hanya dibalas "zzz" hahaha nobody cares :( Okaylaa. Nak kata baik memang baik laa. Suka ingatkan aku, nasihat aku. Dia jugak ajar aku time final exam. Pastu jadi lak personal trainer walaupun tak menjadi disebabkan aku yang pemalas ni :P haha. Sikitsikit sudah ea. Lastly, senang berkawan, pandai simpan rahsia dan semualah baikbaik :) Heee. Aku syg kau gle.



*My prinsip: Aku suka jaga hati orang, tak suka menyusahkan orang dan lihat mereka bahagia happy walaupun mereka tak kesah tak peduli pun kat aku. Aku okay. 




Tulus dari hati ♥,