23 Dec 2014

Cinta Platonik!

KONGSI RASA. Hmm.

Apa itu cinta platonik? Cinta platonik itu adalah satu perasaan intim diantara kawan yang berlainan jantina. But bukan macam couple yang memang bercinta. Ini sangatlah lain.

Mostly cinta platonik ni wujud terhadap individu yang bersahabat terlalu rapat dengan individu yang berlainan jantina. Dan rasenye ramai yang mempunyai rasa cinta platonik ni tanpa sedar.

Adakah cinta platonik ni boleh cenderung kepada seksual? Jawapannya tidak, sebab cinta platonik ini hanya lebih mementingkan "closeness" antara mereka. Why? Sebab sebolehnya mereka yang mempunyai rasa cinta platonik ini akan protect 'sahabat' mereka sebaik mungkin.

Believe or not? Mereka yang ade cinta platonik ini sanggup korbankan rasa cinta itu sendiri demi sahabat mereka.

Aku percaya orang lain pon mesti ade cinta platonik macam aku, dan aku berani cakap cinta platonik ni sangat berbeza dengan cinta biasa. Kenapa aku yakin sangat? Sebab aku dah rasa kedua-duanya. Heheheh. Syukur diberi peluang. Walau hanya sementara.

Apa bezanya? Okay bila terjebak dengan cinta platonik, kamu akan sedaya upaya nak protect kawan kamu,walaupon die tak pernah perasan dengan tindakan kamu. Kamu mencintai die,tapi bila kamu mengerti bahawa sahabat kamu mencintai orang lain, kamu tetap terima dan sedaya upaya tolong untuk bantu sahabat kamu. Walaupon kamu tahu bahawa orang yang sahabat kamu cintai itu tidak pernah menyukainya dan kamu tahu akhir nanti kawan yang kamu cintai akan dilukai.

Selain itu, kamu akan cuba memahami dan meminati perkara yang kawan kamu sukai. Walaupun kamu sendiri tidak pernah tahu dan meminati apa yang kawan kamu minati itu tetapi tetap cuba memahami walaupon bersusah payah. 

Cinta platonik juga buat kita cuba protect mereka seperti saudara sendiri. But actually, cinta platonik is more beautiful than the real love. Untill now i still keep my 'cinta platonik' in my heart. As long as ur friend never take it seriously about your feeling towards her and try to appreciate ur feeling as friend, i believe its ok.

Cinta sebenar antara lelaki dan perempuan bukan tidak indah, cuma ia tidak boleh jadi seperti cinta platonik. Sayangkan rasa cinta yang ada,akan hilang selepas wujud perkataan break off.

Mungkin tak semua lah cinta sebenar macam itu. Mungkin ada yang langsung tak bertegur siapa selepas break off, dan mungkin juga masih ada yang boleh bertegur siapa. But cinta itu tidak boleh kekal dalam hati seperti cinta platonik. Kan??

Pernah dengar "Dari sahabat boleh menjadi cinta, tapi amat sukar untuk dari cinta menjadi sahabat". Aku percaya ramai yang pernah dengar but still terjebak dari sahabat menjadi cinta. But terlalu sedikit yamg boleh kembali menjadi sahabat.

I glad to had this feeling. I hope i will keep u (friends) till the end. Lets be friend forever and keep our cinta platonik as long as u are not marry yet. Hahahaaa. ;P

P/s: Jangan takut untuk sembunyikan rasa cinta jikalau ia memberi kebaikan, jangan takut menyatakan cinta supaya tiada sesalan. :)

BYE. Sekian.

2 Dec 2014

In my heart.

Hi,

View my latest video from youtube. Memori yang terpahat dihati forever. Masa berjalan like water. From 19 June 2012 until now. Sebenarnya, ada je video HD tapi yang ini low quality sebab untuk phone. HAHA. Ok bye tu je.

Thanks for watching simple video from me yang mungkin akan bermakna pada 10 tahun akan datang maybe kan? HAHA. 



"Ada yang dulunya bisa membuatmu tertawa, kini diamnya seribu bahasa. Rasa seperti baru berkenalan padahal terlalu banyak kenangan. Ada yang dulunya bisa buatmu menangis, kini katanya buatmu rindu. Rasa seperti sesaat membisu padahal hampir tiga tahun bergelak riang. 

Semester 6 haluan masing-masing (praktikal lah) HAHA.
Semester 5 bernoktah disini 
Semester 4 dalam kenangan 
Semester 3 mencipta kenangan 
Semester 2 saling mengenali
Semester 1 rasa baru semalam

Hmmm sayu sedih sebak. Kbai :)"










If uolls tak boleh view, just go to the link --- KLIK SINI

UNIMAP DIHATI. COMPUTER ENGINEERS TO BE. IN SHAA ALLAH :)



Regards,

19 Nov 2014

Internship

Hi, currently gua tengah praktikal dekat Safehouse Data Centre, Mont' Kiara. Not bad la. Nak praktikal sini especially course computer engineering. Tapi lebih kepada network. Tak banyak pun nak tulis. Tu je. Korang seacrh je google. Haha. Aku praktikal di bahagian Network Operation Centre.

Btw, gua praktikal nie boleh dikatakan dekat company besar lah. 

Meh gua story sikit. First, HQ nye Ireka Corporation Berhad. Then anak syarikat nye I-Tech Network Solution Sdn Bhd. Company nie pulak manage Safehouse. So, gua enjoy jugak ah sebabnye dah macam intern dekat 3 company. Kekadang keje di safehouse, lepak pantri di itech. Takpun ada keje di Ireka. Memang best lah.

"New experience." 
"Pengalaman mestilah dihadapi bukanlah dicari".

BYE.


*sedikit gambar hiasan.






p/s: sebenarnya da dapat offer keje dekat sini. hm keje or degree? :(



Yang benar,

12.27 PM.

17 Aug 2014

Happy Birthday 20th Afiq !




Selamat Hari Lahir Afiq. Semoga panjang umur dimurah rezeki dan berjaya dunia akhirat. Jangan lupa aku nanti bila dah berjaya. Aku sentiasa mendoakan kejayaan kau. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku.

17 Jul 2014

Indahnya Persahabatan Andai Dihargai

Salam Ramadhan 1435H.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, 
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran, seorang sahabat,begitulah juga dia. 
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. 
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. 
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. 
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. 
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? 
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, 
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. 
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. 
Harapan dan impian juga kita luahkan. 
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga 
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. 
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk 
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. 

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? 

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? 
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat 
Kerana dia juga seorang manusia, 
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. 
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu. 
Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. 
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

"Dalam sejuta kawan, ada seorang sahabat. Yes, i got it! Thank you Allah!"
"Doa yang ikhlas ialah doa kepada seseorang tanpa pengetahuan dia"

RENUNGLAH !


Nukilan,
Azim - 2014

3 May 2014

Cinta Sahabat Akhirat


Ada sahabat di dunia ini yang bila kita bersama dengannya, seringkali mengingatkan kita untuk lebih dekat dengan Tuhan. Mulutnya mungkin tidak pernah berbunyi pun atau berbicara tentang Allah di depan kita, namun amal dan akhlaknya menjadi bicara yang paling mengesani hati kita.


Melihat dirinya, membuatkan kita merasa perlu segera bertaubat dan mengubah diri kita.


Bergaul dengan dirinya membuatkan kita terasa perlu lebih membaiki sikap dan akhlak kita.


Ternampak dirinya melakukan kebaikan, sudah menyebabkan kita terdorong untuk ikut sama melakukannya.


Inilah ciri sahabat yang sebenar, yang mampu menjadi cerminan kepada sahabatnya yang lain, walaupun dengan jarang berbicara.


Siapakah Kita Kepada Sahabat Kita?

Seringkali makna persahabatan yang besar itu menjadi kecil kerana kita salah mengisi ruang di dalam persahabatan itu.

Persahabatan atau persaudaraan itu mengandungi nilai dan makna yang besar sehingga Allah mengaitkannya dengan keimanan.

“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara …” [Al-Hujurat :10]

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam berkasih sayang dan saling mencintai …” sabda baginda s.a.w., “ … adalah seperti batang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka anggota tubuh yang lain pun akan merasa sakit.”

Sedemikian besar nilai ukhuwah yang menjadi asas penting dalam kehidupan bermasyarakat, justeru menyebabkan ia mempunyai kaitan rapat dengan iman.

Orang yang bagus imannya, sepatutnya bagus juga hubungannya dengan sahabatnya.

Dia berusaha menjadi sahabat yang baik, memenuhi hak sebagai sahabat, menjaga aib dan maruah sahabatnya serta selalu pula mahu bersama berjuang di atas jalan kebenaran. Ketika dia bercakap dengan sahabatnya, dia berusaha bercakap dengan cara terbaik dan bahasa yang elok agar tidak menyakiti sahabatnya. Ketika dia bergaul, dia tidak mementingkan haknya semata-mata, tetapi mengambil berat juga akan keperluan sahabatnya.

Siapakah kita kepada sahabat kita?

Dan apakah yang kita isi dalam persahabatan kita?

Persahabatan yang berdiri atas asas keduniaan semata-mata, ia tidak akan kekal dan bertahan lama. Persahabatan atas dasar universiti, universiti akan ditinggalkan. Persahabatan atas keseronokan dan gelak tawa semata-mata, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Persahabatan atas harta dan kedudukan hanya akan melahirkan lebih ramai orang yang mempunyai hasad dan busuk jiwanya. Hilang harta, maka hilanglah hubungan persahabatannya.

Sebab itu, kita perlu sentiasa melihat apakah yang kita isi di dalam persahabatan kita. Yang kita isi di dalam persahabatan kita itulah yang menentukan nilai persahabatan itu kecil atau besar.



Yang Menjadikan Persahabatan Itu Bernilai.


Hubungan ukhuwah, persahabatan atau persaudaraan ini tidak akan menjadi sesuatu yang bernilai melainkan jika kita ikatnya di atas jalan iman kepada Allah.


Kerana asas lain selain iman tidak akan mampu menjadi pasak yang teguh untuk memelihara kesinambungan ukhuwah, kejujuran dalam bersahabat.


Sebab itu Allah s.w.t. berfirman :


“Teman-teman rapat pada hari itu sebahagian mereka menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” [Az-Zukhruf : 67]


Di jalan taqwa, kita berusaha menjadi sahabat terbaik kepada saudara-saudara kita. Menjadi sahabat terbaik adalah dengan mula memperbaiki diri dengan Allah, agar di saat kita bersahabat, kita tak terjerumus mempengaruhi orang lain ke arah yang Allah tidak sukai, bahkan mampu menjadi cerminan mithali pula kepada mereka.


Di jalan taqwa, kita dakap sahabat kita seeratnya bila bertemu dan berpisah dengannya, serta tulus melafazkan padanya, ‘aku cintakan engkau kerana Allah’. Cinta di atas jalan Allah mengingatkan kita bahawa ada hak-haknya yang perlu kita tunaikan, ada had dan batas dirinya yang menjadi sempadan.


Di jalan taqwa, kita harus saling mengingatkan dan memberi nasihat, kerana hubungan persahabatan yang berdiri atas semata-mata rasa mahu berhibur dan gelak tawa sahaja tidaklah bermakna apa. Memberi pesanan ke arah kebenaran dan dengan kesabaran, demikianlah Allah menggambarkan sifat orang mukmin yang tidak rugi.

-Langit Ilahi dot com.

16 Jan 2014

Clixster! Internet pakai sampai LEBAM! Tanpa Had!


  • Adakah anda, keluarga & rakan-rakan menggunakan telefon bimbit?
  • Ingin menjana pendapatan tambahan dengan modal yang sangat RENDAH?
  • Ingin membantu keluarga & rakan-rakan menambah pendapatan secara mudah & berterusan?
  • Ingin mempunyai pendapatan lumayan & boleh diwarisi?
  • Inginkan insuran percuma sehingga RM100K?

Mulakan perniagaan telekomunikasi serendah RM8.90 SAHAJA. Ambil langkah sebagai pengguna yang bijak. Berminat? PM laju-laju. Terus ke sini untuk maklumat lanjut! Jangan tunggu lagi, sertai kami & jana pendapatan bulanan berterusan sekarang. Klik sini.






Cuba fikirkan. Kalau tak buat bisnes ini pun kita tetap pakai handphone dan topup bulan-bulan kan? Kalau simkad yang biasa kita hanya dapat call dan SMS je kan? Apa salahnya kalau sambil pakai sambil dapat duit.


SEDARLAH!! Kita dah bertahun pakai handphone tanpa mendapat apa-apa imbuhan yang setimpal. Kini anda perlu bertindak menjadi pengguna yang BIJAK. Jadikan handphone anda sebagai aset untuk menambah pendapatan ANDA. ASET ini semua orang sudah miliki termasuk pelajar sekolah. Mulakan langkah anda, menjadi pengguna yang bijak demi masa depan anda.





RATE?
Clixster ke clixster free 150 minit & unlimited. Clixster ke rangkaian lain RM0.13 per blok (1 blok 30saat). SMS Clixster ke clixster & ke semua rangkaian RM0.12. SMS mahal sikit sebab dah dapat murah dekat call clixster ke clixster. Intenet paling best clixster lah! RM27 sebulan 500MB + free 500MB and unlimited. Dah habis kuota pun still laju. Jangan risau. Ramai yang dah guna. Rate clixster jugak paling murah untuk call ke luar negara. RM0.13 per blok sama ja dengan dalam Malaysia tapi perlu check dahulu sebab tal semua negara sama rate ye. Jangan risau tentang rate ni. Clixster janji apabila mereka dah banyak pengguna, mereka akan kurangkan rate.



Tak faham lagi? 
Berminat? 
Nak tahu maklumat lanjut? 
Nak jana pendapatan bulanan? 
Nak internet laju? 

Dapatkan penerangan selanjutnya mengenai Clixster di sini atau di sini atau terus hubungi talian di bawah. 

011-22259592 / 011-22213452
(SMS atau CALL)


RAMAI DAH BERJAYA. ANDA BILA LAGI?